Trend Bridesmaid Dresses untuk Muslimah

Tuesday, February 23, 2016



Assalamualaikum,
Cuti sekolah or hari weekend korang mesti penuh dengan jemputan ke kenduri kendara kan. Kawan-kawan kahwin, sedara, sepupu sepapat kawin. Mesti pernah nampak jugak pengantin dengan dayang-dayang aka bridemaids yang lawa-lawa dengan baju semua cantik cantik gojes meletup kan. Mesti dalam gambar nampak cantik.


Sebenarnya trend bridesmaid adalah trend yang dimulakan di negara-negara barat dimana pengantin perempuan akan diapit oleh beberapa orang sahabat yang rapat dengan memakai pakaian yang mempunyai rekaan dan warna yang sama. Jika di negara-negara barat, koleksi dress seperti evening dress sering menjadi pilihan yang dipakai oleh para bridesmaid, di Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Jika anda perasaan, trend bridesmaid ini juga semakin popular dikalangan pengantin-pengantin Melayu. Tujuan mereka memakai pakaian yang sama warna adalah kerana ingin kelihatan cantik ketika sesi fotografi (selalunya bridesmaid akan turut serta ketika sesi fotografi outdoor bersama pengantin). Oleh itu, untuk entri kali ini kita akan berkongsi sedikit trend fesyen bridesmaid dresses KHUSUS untuk wanita yang berhijab;


1.      Rekaan dress pengapit yang sering menjadi pilihan adalah koleksi dress Muslimah modern seperti berikut. Anda boleh lihat ia direka dengan pemakaian tali pinggang sebagai aksesori tambahan dan sesuai untuk pemakaian wanita bertudung.




2.      Trend kedua pula adalah dengan pemakaian flared maxi dress yang direka dengan potongan skirt kembang seperti berikut. Rekaan skirt yang kembang ini membolehkan wanita kekal selesa sepanjang pemakaian.





3.      Trend bridesmaid dresses yang ketiga adalah lace maxi dress yang sememangnya menjadikan si pemakai kelihatan ayu dan sopan. Trend lace mula diminati sejak beberapa tahun yang lalu dan masih lagi relevan sehingga hari ini.




Itu saja, semoga aku dah menginspirasikan korang serba sedikit lah kan. Boleh lah bride-to-be dok bincang bincang nak pilih baju bridemaids yang mana satu kan.




0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copy right Mizz Dayana