Tips Pemilihan Butik Andaman Pengantin

Saturday, November 9, 2013

Assalamualaikum!



Harini aku nak share lah pengalaman and tips serta info yang berguna untuk bride-to-be yang nak melangsungkan pertunangan / pernikahan / persandingan. Semoga sedikit info yang aku bagi ni akan banyak membantu.









@ Jangan last minit
Jangan last minit cari butik andaman pengantin. Sebab kalau last minit korang cari, mesti at last pakai serkap jarang je pilih. Buat research dulu, baca review customer sebelum korang. Mula-mula boleh lah korang search kat Facebook, berbincang dengan family and kawan-kawan, pergi survey butik ke butik. Then baru lah terbuka mata and minda untuk pilih yang mana satu kan.



@ Pakej yang sesuai
Pilih lah pakej yang sesuai dengan keperluan dan bajet korang. Korang teliti pakej yang dia bagi tu, dapat baju berapa pasang, baju jenis apa, aksesori ada tak, apa yang kurang, apa yang lebih. Booked tarikh awal-awal, buat apoinment bila nak fitting baju and test makeup. Time fitting baju bawa sekali sang jejaka, biar sama-sama puas hati nak decide yang mana satu.




@ Bersuara
Customer always right. Yeah! Yela, kadang-kadang memang lah kita tak tahu nak macam mana kan, tapi kita mesti lah ada impian perkahwinan sendiri kan. Jangan lah terima je semua cadangan mak andam tu, berbincanglah. Biar sama-sama puas hati. Lepastu kalau ada yang tak sama seperti yang dibincangkan, tegur lah mak andam tu. Korang bayar mahal-mahal kot untuk servis diorang tu.




@ Jangan buat full payment sehingga lah majlis berlangsung
Depends lah kan. Tapi atas pengalaman aku yang salah sebab dah buat full payment dari awal sebab taknak pening-pening lepas majlis, so mana yang aku tak puas hati tu tak dapat lah pulangannya. So depends kat korang lah macam mana, hati-hati jela kan.




@Happy-happy selalu
Lepas apa yang korang pilih tu adalah pilihan yang terbaik dan puas hati, so boleh dah tarik nafas lega. Tinggal nak final fitting and tunggu majlis je. Senyum and happy selalu ya. Pergi lah spa untuk relaks kan badan dan minda tu. 







Itu saja lah serba sedikit yang dapat aku kongsikan setakat ni. Niat aku bukan nak memburukkan mana-mana pihak. Cuma nak berkongsi pengalaman sendiri kepada bakal bakal pengantin sekalian. Harap serba sedikit dapat membantu korang. 











xoxo, LOVE

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copy right Mizz Dayana