My E-Day : 29.09.2012 & Official Photographer

Friday, November 1, 2013

Assalamualaikum!



Perasan tak perasan lah kan. Sebenarnya aku tak pernah pun nak buat entry pasal my e-day, my wedding day gak kan. Tup tup tiba-tiba dah buat entry pregnant kan. wakakaka! So, sekarang macam dah rajin sikit. So nak share lah pengalaman aku sebagai bekas bride-to-be yang memang dari zero (0) tak tahu nak buat preparation apa, memang blur blur lah. haha.




My E-day : 29.09.2012




Sebenarnya dalam simpanan aku takde picture e-day aku. Bukan takde, cuma semua picture e-day aku ada dalam ipad husband aku. Lepas husband aku update version ipad dia tu, dia save picture-picture tu dalam pendrive dia. So, semua picture ada pada husband aku lah.




Ni antara pictures e-day aku yang aku ambek dari web official photographer aku.  


Outdoor e-day. Cuba teka ambek kat mana? Belakang tu sebenarnya ladang kelapa sawit area rumah nenek aku ni haaa. haha



Aku ni sebenarnya cucu pertama nenek aku yang bertunang and berkahwin, so memang takde pengalaman lah sebelum ni family kitorang. Majlis ni pun buat kat rumah nenek aku, sebab kat sana ramai sedara kan. Majlis ni simple je, sarung cincin, makan-makan ambek gambar. itu je. Pelamin, makeup semua ada jugak lah tapi simple macam ni je. LESS IS MORE, right?! hehe


Friends and cousin yang banyak membantu and memeriahkan. 
Dari kiri : Apiq, Jijah, Ayang, Husband aku, aku yang semangat gila tu, Teha, Member afiq, Afiq, Apam



Meruphoria Photography (official photographer) ni sebenarnya dari waktu bertunang, nikah sampai majlis sanding belah perempuan aku guna khidmat diorang. Best sebab fotografer umur baya-baya je, awal 20-an. Orang jiwa muda ni biasanya banyak idea lain-lain. hehe. cewahhh. Time kenduri belah husband aku, kitorang guna khidmat fotografer lain. Itu pun last minit cari. :(











Kepada bride-to-be yang tengah mencari-cari fotografer tu, boleh lah click link yang aku bagi kat atas ni. Bagi aku pakej diorang ni berbaloi, siap ada untuk video lagi. Selain pakej untuk engagement, solemnization, wedding (indoor+outdoor), pre-wedding, and post-wedding. Diorang ada juga pakej untuk new baby born, family outdoor, birthday party and untuk konvo pun ada. Berbaloi. Utara selatan semua diorang boleh pergi. hehe




So, apa lagi. Korang boleh lah contact diorang 

                                     0173017279 / 0172851404 
or
officially email to :
meruphoria.photography@gmail.com







And nantikan next-next punya entry yang aku akan tunjuk picture time wedding aku. Lagi cantik and sangat puas hati guna perkhidmatan diorang ni. hehe. Cuma sekarang post-wedding je yang aku tak semoat nak buat sebab masing-masing (aku and husband) tengah busy, plus aku pun selalu tak sihat sebab tengah pregnant kan. Nanti ada masa nak buat post-wedding pulak! hehe






Entry ini bukan entry berbayar, sebab takde siapa pun nak bayar kat aku. HAHA. Ini cuma pandangan dan pengalaman aku sendiri yang aku ikhlas nak share. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu bride-to-be di luar sana.




xoxo, LOVE











0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copy right Mizz Dayana