Review : SimplySiti C Bright HD BB Cream

Friday, October 25, 2013


Assalamualaikum


Semakin merajinkan diri nak update blog. Bukan takde keje, tapi masa-masa terluang ni elok kita gunakan untuk benda berfaedah kan. ewahhhh. hehe. Sekarang ni memang hobi aku suka baca blog kecantikan, suka tengok gambar cantik-cantik, suka tengok fb/blog yang jual-jual dress. So, aku pun mula lah suka membeli and try produk-produk kecantikan. hehe


SimplySiti C Bright HD BB Cream


Sebenarnya mula-mula tu aku cuma pergi Guardian konon nak tengok kot lah ada SALE lipstick ke kan. Memandangkan lipstick favorite aku dah nak habis. Tapi tiba-tiba nampak lah promotion barang SimplySiti ni. Purchase with purchase boleh dapat sampai 50% off. 

Apa lagi, aku sambarlah HD BB Cream SimplySiti ni, memandangkan aku punya foundation & bb cream aku pun dah habes kan. First time nak try produk SimplySiti. 

SimplySiti C Bright HD BB Cream


Waktu mula-mula nak beli tu, aku sempat lagi google review pasal BB Cream ni, ada yang cakap ok, ada yang cakap tak ok. Depends pada kulit lah kan. Setakat yang aku pakai ni aku rasa ok lah.

Pros : Testure likat tak cair sangat senang nak blend kat kulit, color sesuai, bau pun menyenangkan, bila pakai nampak natural je takde lah macam topeng pun.

Cons : Harga kalau tak Sale malas jugak aku nak beli, kena buat pump lah senang nak guna


Tadikan aku cakap aku beli purchase with purchase of SimplySiti produk kan baru dapat sale. So, aku beli lah SimplySiti Dermagic Relaxing Mask. Belum try lagi, kalau dah try nanti aku review occay.



Sampai di sini saja.

xoxo, LOVE





0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copy right Mizz Dayana