Review : DERMEDEX Challenge Pack

Tuesday, October 29, 2013

Assalamualaikum!


Kali ni aku nak review pasal produk dari DERMEDEX (dynamic cosmetic science). Aku ada dapat Dermedex Challenge Pack ni dari wonderbox . So dah beberapa hari aku dah try guna, so kat sini aku nak share sikit lah review dia kan.





Antara dua produk Dermedex dalam challenge pack tu adalah Biotox Cleanser & Biotox Refining Cream 2. 




Aku sebelum try produk Dermedex ni, aku ada google and baca pasal review orang yang pernah pakai produk ni. Setakat ni aku ada baca pasal bad review dia punya cleanser, so aku pun agak takut lah nak try cleanser dia. Aku cuma pakai Biotox Refining Cream 2 dia ni je. Cleanser aku stick pakai cleanser yang aku pakai sekarang.



Biotox Refining Cream 2 ni bau herba dia agak kuat lah, tapi takde lah sampai tak menyenangkan aku. Dia waktu lepas pakai tu, memang rasa sangat berangin ah. Sedap sedap je gitu. hehe




Since aku yang tengah pregnant beberapa bulan ni, banyak lah jerawat jerawat nakal muncul kat kulit muka aku ni. Perubahan hormon lah katakan. Stress jugak rasa. Husband aku pun perasan pasal pertumbuhan pesat jerawat aku kebelakangan ni. Sedih taw.




Then aku try lah pakai Biotox Refining Cream 2 ni, pehhhh berkesan. Bukan setakat mengecutkan jerawat. Siap menghilangkan kesan parut parut jerawat tu sekali. Boleh cakap puas hati jugak lah. hehe. And YESS!! Nanti aku nak dapatkan produk ni dalam size normal dia plak. Yahuuuu





Korang ada cadangan or produk yang nak aku review? Bagitaw kat comment k.




Thank you.
xoxo, LOVE

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copy right Mizz Dayana