Indahnya saat menjadi kekasih halal

Tuesday, January 31, 2012

Assalamualaikum!




Mari hari ni kita tukar kata nama. Biasanya guna I U, hari ni nak cuba guna aku kau lah. Rasa mesra sikit kan. Nak guna saya awak, rasa macam janggal pulak. Tak rasa diri cukup sopan untuk bahasakan diri sebegitu. hihi. 2012 umur aku 23 tahun. Patutkah aku fikirkan pasal sebuah perkahwinan? erm ermmm. Kadang kadang rasa mahu, kadang kadang rasa macam 'haishhh, budak budak lagi lah'. And for sure my parents tak bagi kahwin dalam usia semuda ini. Diorang nak aku ada kehidupan sendiri yang kukuh dulu, baru lah boleh fikir semua ni.




Amboi, bukan main kan. hihi. Actually dalam usia sekarang ni ramai dah kawan-kawan sekolah aku yang dah ikat tali pertunangan, yang dah nikah pun ada. I'm happy for them. Tahniah tahniah. Seronok nya. Seronok memang seronok, tapi tanggungjawab semakin berat lah nanti. Mana nak fikir kerja, mana nak fikir suami, mana nak fikir diri sendiri kan.




Aku taknak lah terpengaruh dengan faktor sekeliling yang faktanya semakin bertambah rakan-rakan yang menuju ke alam perkahwinan. Aku tak nak lah se 'desperate' sangat untuk bina satu keluarga. No no no. Aku nak fikirkan semua ni bila aku dah betul-betul bersedia. Tunggu ilmu penuh di dada. I'm still in learning process. Diri sendiri pun masih terumbang-ambing kan.




Tahun ni aku nak start mengumpul semua ilmu rumahtangga yang perlu. Bukan semata-mata untuk kahwin, tapi untuk diri sendiri jugak. Bila dah ada rumah sendiri, duduk rumah sendiri kena lah pandai jaga diri sendiri kan. Memasak, mengemas,  merajinkan diri dan etc. Yang paling penting sekali adalah mengukuhkan dan menambah lagi ilmu agama dalam diri ni. InsyaAllah, aku boleh. :)




Hai bakal suami, tunggu saya okey. 

sumber : fb


Selamat berjaya untuk diri sendiri.


p/s : Tak sabar nak belajar pelbagai menu hidangan yang akan aku pelajari dari buku-buku masakan. hihi


xoxo, ddy

2 comments:

pena rozie said...

Selamat berjaya untuk diri PR jgk. hi...hi...hi....

NiSha said...

insyallah...
and agree.. jgn terikut ikut pengaruh persekitaran..
once dah jodoh everything come just like that... tp kene iktiar juga.. buat istiharah.. wat solat sunat.. insyallah Allah bg petunjuk.. anyway mmg seronok bila semua dah halal tau.. chayok...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copy right Mizz Dayana