Ape Yang Rahsianya Dalam Bilik Tidur Tu? Buat Aktiviti Ape Tu?

Tuesday, May 31, 2011

Assalamualaikum!


Bagi aku, sepanjang tempoh percutian 5 hari 4 malam ini semester ini, aku banyak menghabiskan masa dalam bilik. Ape yang best sangat lah kan dalam bilik beradu aku ni. Alaaa, biasalah kan bilik anak dara mesti lah kemas cute cun melecun kan. Hamaigadddd. hehehe


AKTIVITI DALAM BILIK TIDUR.


1. Merehatkan tubuh badan, minda, jiwa dan raga.
Ayat nak educated je lah kan. Sebenarnya simple je maksud i ni kan. Jelas terang usahkan bersuluh pun dah nampak dah. Mestilah tidur merehatkan tubuh badan i yang dah penat bekerja sepanjang hari. (banyaklah korang, i punya penat bekerja ape lah sangat kan. hahaha! penat online jewwkkkk)


Ini bilik tidur siapa ni? Awat cun sangat ni bra terabur-terabur ni. hahahaha!

2. Berpeleseran di alam maya.
Ayat i tak boleh nak membelahkan diri lah kan. Sebenarnya i online ke serata dunia. Yela, sibuk ber'facebook', sibuk ber'ym', sibuk ber'skype', sibuk ber'blog', sibuk ber'twitter', sibuk google sana, wiki sini pulak, Yahoo sana sini. Hamaigaddd. Kenapa semua account i ade ni. hahaha!

3. Layan cerita-cerita best
Haaaaa. Ape lagi. Layankan cerita Korea lah. Layan cerita sengsorang lah baru best kan. Tak delah nak segan sangat kantoi i layan cerita Korea kan. (tapi sekarang dah kantoi dah kat blog neh. hahahaha!)

Sassy Girl bebeh.

Full House. Full in the house. What the heck. hahahha!

4. Bukak almari, tutup almari
Hahaha. Ape yang misteri sangat ni kan. Betollah kan bukak almari and tutup almari. Bukan i main sorok-sorok ke hape, tapi sebab i nak ambek baju, kemas baju, tengok segala barangan dalam closet i kan. And seriously i banyak baju, jeans, shawl and segala. Sampai dah buang-buang pun still banyak gak. Hadoiiii.

So, itu sahaja nak cerita pasal aktiviti dalam bilik i. Setakat ni i tak buat benda-benda pelik lagi lah dalam bilik. hahahaha!

Than you for reading!

xoxo, ddy


Resipi Rahsia Keluarga Arishan.

Monday, May 30, 2011

Assalamualaikum!


Hari ni i nak share dengan u olls resipi dan cara-cara untuk menyediakan Ayam Masak Kari atau nama glamournya Chicken Curry House. Hehehe.




Bahan-bahan nya :

  • Ayam yang telah dibersihkan. (ikut suka nak belah berapa)
  • Serbuk kari
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Garam secukup rasa
  • Daun kari
  • Minyak
  • Sedikit air
  • Santan pun boleh

Cara menyediakannya :
  1. Masukkan segala macam bahan tu ke dalam mulut dan telan ke dalam perut.
  2. Lepas tu goncang-goncang kan badan agar bahan-bahan tadi sebati dalam perut.
  3. Maka, jadilah Ayam Masak Kari. hahahaha!

Oke, you alls jangan lah marah i. i dapat idea nak masak macam ni time tengok cerita cartoon tadi. hehehe. Macam kelakar je kan. so, i share dengan korang lah. hehehhehe

You alls rasa hati bagai ditusuk sembilu ke selepas i bagi resipi ni? hehehehe


Thank you for reading!
nanti i carik resipi laen pulak ye. hehehe

xoxo, ddy.

Tips menonton bola sepak dengan betul.

Assalamualaikum!


Memandangkan semua orang baru je layan demam-demam bolalah kan. Sampai demam-demam tekedu tak terkata lah kan sebab team bola diorang kalah. So, ape ade hal. It's just a game tapi lainlah kalau korang bet sampai berjuta-juta memang kesah sangat lah kan. Padan muka. Sape suruh bet. judi. haram.


Main bola ni sudah lah. hahaha!

TIPS MENONTON BOLA SEPAK KALAU-KALAU TEAM KORANG KALAH

1. Jangan bagitawu sesiapa pun korang sokong team mana dalam match tu. 
duduk relax je. Jangan cakap dekat sesape yang korang ni sokong yang mana tawu. Sebab nanti yang menang tu lah korong sokong ya. bhahaha!

2. Pergi tengok match bola sepak dekat mamak jangan pakai jersy mana-mana satu pasukan pun.
Korang kena lah pakai baju biase-biase je tawu. Kalau pakai baju team yang kalah, nanti malu lah kan. kena booooo. Booooo.  Booooo.

3. Jangan letak status maki-maki dekat facebook pasal kekalahan team bola sepak korang tuh.
Kenapa? Sebab tak payah lah sangat nak tunjuk emosi tuh. Nanti ramai-ramai like lepastu korang pun hangin, makin maki-maki adelah. Bhahahaha!

4. Bila esok pergi ofis, orang tanya pasal match malam tadi. Korang cakaplah korang tertidur, tak tengok pun.
Haaaaa. Ini pun bernas jugak. Korang buat-buat blur je tawu. Biarkan jelah penyokong team yang menang tuh seronok sakan. Nanti bila team u olss menang, u olss balas lah balik kan. Bhahahahaha

Lepas tu apa lagi kan, tengok lah pasukan Harimau main pulak yerrr. Sure 1Malaysia sama-sama sokong. hehehehe

I harap dengan idea perah otak i ni bernas lah untuk memberi tips kepada u olss semua yang berada dalam kekecewaan kan. GO DEVILS! Bhahahaha!

p/s : i tak suka pun tengok football. I suka tengok orang yang suka tengok football. Siapa lagi lah kan kalau bukan boifren i. hahhaha!

Thank you for reading!

xoxo, ddy

Sebelum engkau halal bagiku.

Sunday, May 29, 2011

Assalamualaikum!


Andai kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Pasti Allah akan tanamkan rasa kasih sayang dalam hatiku dan hatimu, Ini janji Allah jika benar cinta itu kerana Allah, maka biarkan ia mengalir mengikut aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka iapun berhilir dari Allah, kerana hati ini mudah dibolak-balikkan, biarkan Allah yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.






Karya : Andhika Al-Banjari mtp

Berjalan-jalan Sambil Tertelan Angin Di Waktu Petang.

Assalamualaikum!


Hamboi. Tak menahan kan. Tajuk entry dah macam tajuk drama lah pulakkan. hehehe. Sebenarnya saje nak menjelouskan u allss semua. i pergi buat siri jelajah Kuala Lumpur. Upsss. Bukanlah, ini siri dating ke mana-mana sahaja yang disukai. hehehe


TAMAN LAYANG-LAYANG


Seperti biasalah kan, mula-mula bukak folder-folder gambar sendiri. Ushar-ushar sampai tak tawu nak ushar dah. sebenarnya dah pening nak pilih gambar terbaik diri sendiri. Malu tengok gambar sendiri sebab i tengok gambar-gambar i sekarang ni semua gambar size up. Demm it.


Time ni si photographer aka my boifee suruh buat mimik muka. Time ni kena buat mimik muka ala-ala marah gitu. hamboi. Gerunnya i tengok muka sendiri. Cam nak kena penyepak je ni kan. hahahaha! (hey, i dah konfius ni. Mimik muka or memek muka ah??)


Mula-mula i yang buat mimik muka marah kan. Then, i pulak kena marah dengan boifren i. Mane taknye sebab buat mimik muka mengarot macam kat atas ni. ngeriiii. hahahha!

And at last terpaksa lah jugak buat muka comel sendiri. i dah cakap kan, i gemokkkk. huaaaaaaaaaaa. I need diet. wuwuwuw


You alls.. Bagilah i tips nak kuruskan badan ye. thank you. i sayang u olss.

Thank you for reading!

Xoxo, ddy

Separuh jiwaku pergi. Bukan jiwa yang pergi, tapi hati i.

Assalamualaikum!
Dah. Dah. Tak payah pujuk i lagi. i dah oke. sebab entry ni bukan entry sedih ya. entry ni entry cinta i. i'm just too happy now. :D (senyum lebar, hati berbunga sakura pink!). so, kalau meluat tak payah lah baca ya. 
Mula-mula layankanlah my art work i yang tak seberapa ni. yelah. saje je tak mawu tunjuk kehebatan kesenian budak yang dapat A+ dalam subjek Seni Visual time SPM dulu-dulu-dulu-dulu. Bhahahaha
 
Ini gambar hati ya. Separuh hati milik i. hati i yang suci dan lembut ni ya. hehehe

+

Separuh hati ni pulak milik my boifren.  Warna biru sebab sifat kelelakian yang menebal dalam jiwa dia. hehehe
-
-
-
-
-
-
-
dan....

Ini pulak hati kami. Ini hati kami berdua! :D

Its been 2 years, 2 months and 7 days we've been together. Gelak ketawa sedih nangis benci sayang rindu baik jahat suka duka senyum ketawa segalalah kami dah lalui. I'm really glad for it. Thank you.

Ape motif gambar hati kat atas tu? 
Actually it's a promise that we own each other heart. Rasa terharu gyla sebenarnya hari ni. Sebab tak pernah rasa sehappy macam ni. Kadang-kadang first love kita bukanlah dengan orang pertama yang kita bercinta, tapi orang pertama yang kita serious bercinta. Lain maksudnya ni. Contohnya kita dah ada banyak boifren/ girlfren tapi macam tak in love langsung until we meet somebody that can make us really serious and komited in relationship. And here i'm and i'm totally in love and stuck with him. Thank you.

And here we are. Hope we end everything with happy ending. 
I LOVE YOU!

Kadang-kadang first love kita bukanlah dengan orang pertama yang kita bercinta, tapi orang pertama yang kita serious bercinta.


Thank you for reading!

xoxo, ddy

Result Exam I dah Keluar Dah. I Dah Nak Berlepas Ke Australia Dah.

Saturday, May 28, 2011

Assalamualaikum!


Haaaaaaa. Mengarot ape mawu terbang ke Australia kan, lagi satu semester lagi tak habes lagi la. Cannot say good bye kat Malaysia lagi lah. hehehe


Exam week adalah week yang paling menyeramkan dalam hidup i. i dah totally berubah. Daripada seorang yang happy-go-lucky kepada seorang yang nerd nerdy rawrrrr. Seram kan. hehehe. i pun turut seram kepada diri sendiri sebab dah berubah menjadi salah seorang keluarga The Cullen! Bhahahaha


I'm nerd!

Bukan setakat jadi vampire, tapi dah jadi serupa zombi zomba berjumba pulak. Jangan harap i nak cakap dengan semua orang lah sebab semakin banyak cakap, semakin banyak jugaklah ilmu yang i belajar-susah-mati tu keluar melayang-layang diangkasa luar raya sana. bhahahaha

Baca semua ni taw. bhahahaha!

Nak tawu cara i study sampai boleh maintain 3.5 above every semester?
Mudah sahaja. Mula-mula pastikan cukup tidur, cukup makan, cukup tenaga untuk belajar. (i ni pulak selalu terlebih tidur je. hehehehe) Lepas tu i ni cenderung membaca and menulis semua benda dalam note tu. ala. pakai tulis je macam duduk kat lecturer hall tu. (tulis-tulis-tulis, ingat nye tak gak. hahaha!) if ade spot question pulak, study yang tu jela. (kalau spot question tak masok, memang naya lah i. hahaha!) Bila sampai satu tahan ke stressan tu and i jadi malas gyla nak study kan. i pun ape lagi, letak buku atas kepala hope otak boleh absorb directly. hahahaha gyla!


I ni dah kena cop kuat tidur and pemalas dah sekarang. Bhahahaha!


Sebenarnya kalau nak tawu lah kan. yang sebenar-benarnya i ni seorang yang pemalas. pemalas nak study dowhh. Tapi syukur Alhamdulillah, dengan berkat kerja keras i ni jugaklah i dapat maintain pointer exam i. Selain tu i ada sumber inspirasi i jugak. I study dengan boifren i. hehehe. study dekat mcD, study dekat kedai makan. memang study week tu kami dua orang jadi budak nerd lah. cakap pun ala-ala educated gyla weyhh. hahahah!


Kami lah dua orang budak nerd alaf ini. hehehe

BTW, congratulation to all my coursemate for your bombastic spestic result. Glad for it we pass it. Work hard. We just got another semester to finish up. Then, hip hip hoooorrrrayyy. Work work work work! You can do it! 

p/s : will be miss all the moment in collage while study when start working. Tskkk. Tskkk. (T.T)

Thank you for reading!

xoxo, ddy

Pagi-pagi buta pergi breakfast McD.

Friday, May 27, 2011

Assalamualaikum!


Assalamualaikum and selamat sejahtera semua ya. oke. hari-hari juga cerita pasal makan makan. memang i ni sebenarnya layak jadi pengacara Jalan Jalan Cari Makan lah. hehehe.


FAMILY BREAKFAST BOX McD


Cuma kali ni memang bangun pagi-pagi buta. lepas tu round-round satu Shah Alam then pergi breakfast dekat McD Damansara. Family Breakfast Box lah kan. ape lagi. Melahapnye dengan si boifee tercinta lah kan. hehehe


Tengah baru nak mula melahap pancake ni. Konon nak buat aksi bersemangat muka ala-ala pengacara JJCM tapi hasilnya hampehhh. menakotkan. so, terpaksa di sensored kan sebab takot pengacara JJCM letak jawatan pulak dah nanti kan. hehehe

Ini si boifee aku. Bukan sebab die gelap gyla ya, tapi ni sebab cahaya belakang lagi terang. Ambek picture pun guna BB je. hoho


So, jom lah setiap pagi breakfast McD. hahaha!

Thank you for reading!

xoxo, ddy

Treat Your Girl Right, Or Other Guy Will...

Thursday, May 26, 2011

Assalamualaikum!


Treat You Girl Right, or Other Guy Will Do


I just love this quote. Really into the heart. Actually macam tiba-tiba aje idea ni datang menerpa. tanpa dipaksa tanpa dinoda. Hamaigaddd. Sila hentikan i daripada terus mengarot ya. hehehe.


Actually, i sangat tertarik dengan entry Dr. Cinta punya blog (one of my fav blog lah. MUST READ!) hehehe. Entry dia malam tadi yang bertajuk Single? Well Allah Is Looking At You Right Now And Saying; I am saving this person for someone special. Nukilan Dr. Cinta ni memang tak pernah mengecewakan i. Yelah, dengan drawing-drawing die yang super cool tu. heeeeeee.


Back to the topic. Jom cerita pasal cinta. Ini cerita pasal cinta terlarang. Cerita cinta pasal cinta suami orang. Haaaaaa. Jom kita sama-sama kupas cerita ni kan. hehehe. Yelah. Jodoh pertemuan segalanya di tangan Tuhan. Kita sebagai insan biasa ni hanya mampu merancang, hanya Tuhan sahaja yang tentukan segalanya.






8 Sebab Tidak Digalakkan Memilih Untuk Bercinta Dengan Suami Orang.

Suami orang? Hamaigaddd. (is it too sexy for u girls??)

  1. Si dia tidak akan berani membuat sebarang komitmen dengan kamu.
  2. Hubungan secara sulit dan tersembunyi. (bagai dalam iklan Ridsect kat tv tu. hehehe)
  3. Lelaki itu yang untung, wanita yang rugi
  4. Pemusnah rumah tangga orang lain
  5. Masa kamu akan terbuang begitu sahaja
  6. Adakah dia yang kamu cinta dan kamu sayangi?
  7. Kamu menipu diri sendiri
  8. Dia akan hilang hormat kepada kamu kerana kamu mudah terpedaya dengan kata-katanya.
Scandal di belakang langsir tabir isteri.



So, kat sini i nak perjelaskan lah lagi ya. Sebelum bercinta, sebelum membuat keputusan untuk bercinta atau sebelum buat keputusan untuk menyayangi seseorang, korang kenalah kaji selidik siapakah sebenarnya pasangan korang tu. Status sebenar dia. Jangan di kemudian hari, hati mu akan terluka. 


Kepada si lelaki pulak, setialah pada pasangan sendiri. Jangan menggatal merenyam miang carik perempuan lain pulak if pasangan kamu sekarang dah cukup baik dah. huuuu. Sendiri mawu ingatlah brooo.


Itu sahaja buat masa ni i menggoreng kerepek merepek-repek ni ye. hehehe. See u olss in other entry. adios!


Xoxo, ddy.

Malaysia's Next Top Female Blogger!

Assalamualaikum!


Selagi kita ni orang Islam, kita kena bagi Salam and jawab Salam ya. Thank you!


MALAYSIA NEXT TOP FEMALE MODEL BLOGGER 2011


Haaaaa. tak payah nak membebel-bebel awal-awal ni sangatlah kan. Yang penting i telah dicabar oleh SANDRA AZWAN (hamboi, sejak bila pulak i best friend dengan dia kan. hehehe) Wateva pun i terimalah cabaran yang sengit daripada si Chandran, eh bukan. Sandra lah. Jangan marah. hehehe



I terpanggil untuk menjoinkan diri dalam Malaysia's Next Top Female Blogger. Abang-abang, atok-atok, pakcik-pakcik tak boleh join segmen ni sebab ni segmen bagi kaum Hawa sahaja. Kalau hang tu nyahhh i tak tawu lah pulak eh. hooo.


So, kena jawab beberapa soalan yang pecah keringat tulang temulang i ni walaupun i ni bukanlah seorang pekebun ataupun penoreh getah ya. hahahahah!


1) Tell us about your blog in 70 words or less. (When and why you started it, how often you update, and your viewers)
First of all kena cerita pasal blog i lah kan. i suka blogging sebab boleh express my emotion, opinion and whatever i have i my mind. i got lots-lots of idea in my mind. i jadi blogger bukan sebab nak famous ya amour tapi coz i suka blogging lah. hahaha! i sekarang maintain update blog daily lah, baru lah follower tak bosan kan and rasalah i wujud kat sini kan. hehehe. 

2) What is your personal style?

I love everything! i love fashion. my style just quit simple cuma kadang-kadang je daring lah sikit kan, sikit jerkkk. I love color, I love colourful! I ni cenderung untuk membeli semua baju, seluar, accecories yang i jumpa kat kedai. hahaha! gyla shopaholic. i suka tengok girl yang stylish especially yang bertudung lah kan. :)

3) A picture of you in one of your favorite outfits:

Pink and Blue. I LOVE IT! :)

4) Are you the next Malaysia’s Top Female Blogger 2011? Why?
Sure! Of course lah kan sebab kalau nak masuk next top model macam dah tak lepas je. haha! Sebab i always wanna give sumting in my blog. everyday should be a new day, a new thing, new info, new tips, and new story. So, my follower should love it. :) *lebih-lebih sangat nanti perasan lebih pulakkan. hahahha!

5) I love to read ‘Life with Sandra…..’ because? 

Because you were a guy. Oke, joking. hehehe. Sebab artwork you, design u sangat daring. u got the talent. Dah masuk 50 blog terbaik di Malaysia, dah jadi pilihan Intrend, takkan lah i tak suke baca blog u kan. hehehe. love it. :)


That's all, harap-harap kita boleh keluar date bersama-sama lah kan. Thank you SANDRA AZWAN!


Thank you for reading!


Good luck to me.


xoxo, ddy

Mencari 100 Blog List Yang Wajib Kunjung!

Assalamualaikum!


Nak bagitawu awal-awal, ini bukan segmen i, ini segmen Jokegurl. Dia ni blogger and buatlah segmen 100 blog list yang dia nak wajib kan diri untuk kunjung. Lets Join! :)



Jom kita join segmen ni jomm. Lets support our local blogger. cewaahhhh. hehhehe. Blogger ni pun macam baru je lagi. so, i nak join jugaklah. heeeeeeee. 

Berbeza dan jauh sekali sudah berbeza.

Wednesday, May 25, 2011

Assalamualaikum!


So secara kebetulannya lah kan sebenarnya ni i mawu cerita pasal perubahan drastik kat blog i ni kan. ape yang korang nampak? Obviously my blog layout / background lah kan. Hamaigadddddd.


BEFORE
Beginilah rupanya blog i sebelum ni. Ade leopard, ade pink-pinkish girlish lah jugak. ade lah jugak picture i sembunyik-sembunyik ambek gambar kat header tuh kan. hehehe. Yang paling i suka sebab leopard-leopard ni lah. hohoho

AFTER
Beginilah layout blog i sekarang. Owh. lagi lah girlish pink-pinkish kan. Hamaigaddd. Actually layout ni dah lama dah i buat sama-sama dengan layout before ni yang leopard tu. cuma time tu i just keep simpan je layout ni. Btw, i still loving it coz hasil kerja tangan i jugak lah kan mawu otter-oter ni. hehehhe


Macam mana kejadian penukaran layout ni boleh terjadi? 
Sebenarnya siang tadi tangan i ni menggatal lah mawu tengok-tengok pilih layout lain kan. pastu dah paste code-code untuk layout baru. Sepatutnya i kena preview dulu tapi i pulak terus save terosss. Hamaigadddddd. Dengan tidak sengaja, layout pun bertukar! (intonasi Sailormoon tawu. hehehe)

Wateva pun i still loving this. Hope korang-korang semua suka jugak ya. hehehe. Bagilah komen-komen yang membina untuk i ya. thank you!

Xoxo, ddy

Mari Sertai Blog Pilihan Malaysia!

Assalamualaikum!


Haaaaa. Mari kita join kan blog kita ramai-ramai kat Blog Pilihan Malaysia

Haaaaaa. Jom lah kita join reramai yerkk. I pun nak jugak setanding dengan sifu-sifu seniorita dekat arena blogging neh. I rasa blog i ni boleh lah letak dalam kategori Blog Personal Wanita Pilihan lah kan. Tapi kalau ade kategori Blog Personal Gadis Pilihan lagi sesuai untuk i kan. hehehe

Btw, blog i ni universal je. Macam darah AB yang universal jugak tu. hehehe. I suka cerita pasal diri sendiri, i suka fashion, colours, suka makan, suka shopping, suka love love love. Oke, mawu senarai semua memang i suka semualah kan. hehehe. i paling suka tengok blog-blog yang cantek. suka tengok blog-blog fashionista yang sangat cantik, daring, stylo and i'm loving it. hehehe. I a stalker. hahhaha! 

Menarek kan i ni. So, ape lagi. Follow lah i ramai-ramai. i nak jugak jadi Blog Pilihan Di Hati Rakyat Malaysia. Ceewwaaaaaaaaaaahhhhh. 

Thank you for reading!

xoxo, ddy.

Cinta si Donut Bulat Bulat.

Assalamualaikum!


Ape kabar semua orang? I harap semua sihat-sihat jelah ye. Bersyukurlah dengan segala kurniaan rahmat dan rezeki daripadaNya ya. Semoga hari-hari mendatang kita masih dapat menikmati segala kurniaan rahmat ini. Bersyukur atas segala rahmat yang diperoleh ini.


SI DONUT BULAT BULAT


Ape cerita kes pasal si donut bulat-bulat neh? ade ke donut yang tak bulat? adaaaaaaa. aku dah jumpa dah bulatan donut yang petak ohhh. so, kalau petak tu ape ye namanya? hehehe.


So, hari tu pergi dating dekat MidValley. ade lah insiden-insiden yang berlaku kan. menarek taw. hehehe. I yang melahap kat KFC lepas tu teman si boifee i ni lah mawu makan donut. 


Mula-mula nak lepak kat BigApple tapi macam tak privacy and sangat semak je kat situ. So, pergi lah serbu DunkinDonut ni pulak. Lepak-lepak lah kat DunkinDonut sambil merehat kan kaki i yang agak letih sebab dari pagi berlari-lari ke sana ke sini. Ceewaaahhhh.


Ini lah hasilnya si donut bulat bulat yang kiut miut. sweettt kan. ehheheh

Thank you for reading!

xoxo, ddy

Review : Best Place To Shop

Tuesday, May 24, 2011

Assalamualaikum!


Sorry. Sebab i menghilang beberapa hari ni kan. Al-maklumlah kan busy girl in the world and arena. hehehe. So, now i muncul-muncul je mawu buat segmen review. Kali ni lain sikit. i tak view blog. tapi i view fb shop. Means yang ade buat online business kat facebook lah kan. Ini atas request jugak. so, jom lah kita ramai kan ye. hehehhe


ElleZara Shop




Boooommm!!! Boooommmm! Nama shop nak glamour je. se glamour pic profile die lah kan yang kat atas ni. zaman sekarang kalau tak glamour orang tak kenal lah kan.


So, dekat fb shop ni banyak die jual-jual. ade new stuff, ade preloved stuff jugak. yang branded, yang tak brand semua ada. macam-macam ada. So, ape lagi.... korang serbu lah. time ni lah nak support local business kita kan. hehehhe.


All items not include postage.
Beli dua or lebih stuff akan dapat free postage.
Menarik!


Pegi add dekat facebook ni ElleZara Shop. Jom lah kita shopping ramai-ramai. 


Thank you for reading!


xoxo, ddy.

I'm Loving This! I wanna own all this!

Saturday, May 21, 2011

Assalamualaikum!


Jum. Ape lagi, cerita pasal kesukaan dan kegembiraan i lah kan. Cerita pasal benda-benda yang i suka and yang boleh buat i teruja lah kan. Ape lagi yang i suka kan. 


Ofcoz lah leopardd!!! Hamaigadddd.


Ini bibir sangat sexy. Kalau bibir i macam ni mesti boifren i lari. nanti dia ingat couple dengan leopard mane lah kan. hahaha!


Ini juga. aaauuuummmmmmmmmm.

Ini sangat howt dan menawan. Ade sesiapa yang nak belikan untuk i?? Sila kan lah kawan-kawan. :)

I memang gyla betol kan. suka betol yang ni jugak. I wanna all thissssssss!!!!!!!!

Simple je kan jam ni. Tapi kat dalam dia ade leopard printed color pink. Owhhh. sexyy. 
Hey boifreennn. Jam i dah rosak, sila lah belikan i jam baru ya. hehehe

Bilik ini sexy. 

Teknik mata ni i tak sempat belajar lagi lah. Nanti i dah belajar, i tunjuk kat korang-korang semua lah ye. hehehe

Hamaigadddd. Kalau ade jual dekat pasaran Malaysia rokok-rokok macam ni, memang i jadi perokok tegar lah. i nak collect semua yang leopard printed. Korang tak boleh. HAHAHAHA!

Itu sahaja berangan setakat ni ye. hehhehehe

Thank you for reading!
xoxo, ddy.

Jalan-jalan carik makan dan carik pasal. Jum kita melalak!

Friday, May 20, 2011

Assalamualaikum!


Jum kita jalan-jalan carik pasal lah. Mula-mula jalan-jalan kasik kaki penat dulu. Pergi mengperhabiskan duit dulu. hehehe. Padahal kat Paris Perlis je pun. hahaha! Lepas tu ape lagi, dah lapar-lapar kita pun pergi terjah kedai makan lah kan. makan pun taknak mengalah. Makan western dowwwwwwww. hahhaha!




Haaaaaa. Ni kat Mai Cafe Western Food. *Tengoklah muka i yang comot tu. Mata tak pakai eyeliner. Dah nampak lain kan muka i. hehehe

Ini pulak teman seluar negara yang jalan-jalan carik pasal lah kan. Kaki kaki pukul taw tak. Sila bayar duit perlindungan dekat kami taw. hehehe

Jum kita tengok-tengok menu i malam tu taw. hehehe

Mocha iceblanded. Sedap dan banyak sampai terpaksa bungkus bawak balik. hehehe

Ini pulak Chicken Chop uhhhhh. Sedap dan kenyang wooooo. Peh, memang datang sini aku order yang ini jelah. Hohoho

Then, as usual. Karaoke time!!!! hahaha
Nak tengok tak lagu ape yang kami karaoke kan?
Malu.
Malu. 
Malu.
Malu mau cakap. hahaha!

Ini dia. Korang kenal tak sape dalam dalam gambar ni? Lagu NEWBOYZ lah ni babe! hahhaha! Layan karaoke lagu Newboyz lah ape lagi kan. hehhehe

Thank you for reading!

xoxo, ddy







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copy right Mizz Dayana