Tanggungjawab seorang isteri.

Wednesday, July 27, 2011

Assalamualaikum!


Bukan nak cerita sebab i dah nak kawen or what. Tapi saja-saja nak share dengan u olss pasal apa yang ada dalam fikiran i. Yelah, ber'blogging' kan untuk menyampaikan idea dalam kepala otak yang bernas dan ber IQ tinggi ni kan. hehehe.


TANGGUNGJAWAB SEORANG ISTERI




@ Taat
isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri. Seperti sabda Rasulullah SAW.






@ Melayan suami
Isteri hendaklah melayan suami baik-baik mengikut kehendak suami. Dan orang kata, perempuan yang asalnya dari negeri Johor pandai melayan suami. So, ape lagi carik lah isteri dari negeri Johor ya. hehehe






@ Mengurus rumahtangga
Jaga rumah, tolong suami, sediakan persekitaran yang sesuai untuk diduduki. Alaaaaa, kerja-kerja biasa perempuan lah kan. kemas rumah, masak, hias rumah cantek-cantek. hehehe :D






@ Menjaga maruah diri, suami & keluarga
Jaga maruah dan akhlak dengan tidak melakukan apa-apa perlakuan yang boleh mendatangkan fitnah. jangan buka aib suami atau keluarga kepada orang lain. Simpan rahsia rumahtangga sebaiknya. 






@ Menyenangkan suami
Menghargai setiap apa yang diberikan oleh suami. Isteri hendaklah memberi penghargaan dan tidak sewenang-wenangnya mengkritik suami. 






@ Pendorong dan pemberi semangat
Sentiasa berada di sisi suami untuk memberi kata-kata pendorong dan memberi semangat kepada si suami agar si suami lebih berkeyakinan dan tidak mempunyai masalah.






p/s : setiap pasangan perlulah sentiasa jujur dan berterus terang.


Thank you for reading!


xoxo, ddy

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copy right Mizz Dayana