Kasih sayang yang tiada penghujungnya

Thursday, June 9, 2011

Assalamualaikum!


I pergi lunch kat satu restoren ni. Oke, biase lah kan time lunch sure ramai gyla orang and order pun sampai lambat. i decided untuk minum je time tuh. Duduk-duduk minum-minum layan tengok tv, jadi pemerhati. Ya, i insan pemerhati yang berhati perut. Wahhhh.


Kasih bapa :
Mula-mula i perhati satu family ni, betul-betul duduk sebelah meja i. Si suami duduk sambil mendukung anak kecilnya, yelah i rasa sebab baby tu kena dukung dengan daddy dia baru senyap kot. Bila order sampai, diorang pun makan. Si suami ni suapkan nasik bagi anak sulung dia makan. Wah, so sweet. Agaknya sebab nak senangkan sikit isteri dia kot, tak pun sebab isteri dia tu tengah meradang. Hehehe. I pun tak tawu. :P


Kasih ibu :
Time ni dekat meja lain pulak. Selang 3 meja dari meja i. I nampak sebab family ni duduk straight je dalam area pandangan i. heee. Diorang ada anak kecik, dalam umur 1 tahun je kot. And ofcos lah duduk dengan mummy dia kan. Daddy dia duduk jaoh. Then, baby tu nak minum air gelas besar yang mummy dia punya. Haishh. Tak padan dengan budak kecik nak cawan besar. Mummy dia layankan je baby tu, tapi baby tu meradang jugak nangis. Lepas tu order nasik pun sampai, baby tu nak makan nasik jugak. Pegang sudu garfu bagai macam expert tu. Hehe. Tapi at last mummy dia share makan nasik tu dengan baby dia tu. Mummy dia makan betul-betul, baby tu tawu jelah makan main-main je. Sabar jelah kan. ;)


Comot. Bhahahaha!

Haaaaa. Ape yang i merepek bagai ni? Sebenarnya saje je nak menginsafkan diri dan mengingatkan antara kita sesama manusia. Ya, kasih sayang ibu bapa adek-beradek datuk nenek kawan-kawan teman rakan sahabat kekasih semua ni tiada penghujungnya sebenarnya. Dan yang paling hakiki adalah kasih sayang daripada Tuhan. 

Tapi sejak dua tiga empat menjak ni semua nya dah jadi huru hara kan (akhir zaman). Mana taknye, cucu pukul datuk dan nenek, anak belasah emak, simbah asid dekat anak, cucu rogol nenek, rogol sana rogol sini, pukul sana pukul sini, simbah asid bagai semua berleluasa.

I harap, kita semua dijauhkan daripada menjadi mangsa dan pemangsa daripada segala perbuatan keji ini. 

InsyaAllah. Berdoalah kepada ALLAH. *amin


Thank you for reading!

xoxo, ddy

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copy right Mizz Dayana