Bila kita dapat hadiah istimewa macam ni, apekah tandanya?

Monday, May 2, 2011

Assalamualaikum!


Jom kita bercerita pasal hadiah. Hadiah. Dan hadiah. Aku rasa dalam dunia ni semua orang suka menerima hadiah kan. Hadiah tu mahal or murah terpulang lah kan. Terpulang jugak lah pada si penerima ni jenis suka hadiah yang memahal je ke ape or just a simple cheap present dah boleh buat si penerima tu senyum sepanjang hari. Terpulang. 


Aku nak hadiah warna-warna pink ni satu lori ya. Bukan setakat satu kereta ja. heheheh

Hadiah Istimewa Dari Insan Istimewa.


Telekung / Kain Sembahyang

Saya ingat lagi, hadiah first yang boyfriend saya bagi adalah telekung. Masa tu baru je couple ade lah dalam sebulan or lebih lah. Dari situ saya dapat menilai bahawa si boyfriend saya ni mahukan yang terbaik untuk saya. Bukan sahaja di dunia atau pun di akhirat. 

Wah, semakin  tertarik hati saya untuk terus mengenali boyfriend saya ni walaupun baru sahaja sebulan lebih berkenalan dengan dia. Saya jatuh hati dengan kekuatan pegangan agamanya dan hubungan kekeluargaan dia yang sangat mesra dan rapat tu. (Kenapa aku rasa macam baik pulak neh? saya-saya pulakkan. hehehe)

Sebenarnye kan, gambar telekung yang kat atas tu adalah telekung kedua yang boyfriend aku hadiahkan untuk aku. Selain daripada telekung, dia pun ada bagi aku buku-buku agama. Buku pasal cara solat dengan betul, buku yang bagi motivasi kat diri. 

Terima kasih wahai kekasihku kerana sentiasa disisi aku untuk mengingatkan dan membimbing aku soal akhirat juga. Walaupun kadang-kadang memang kita mudah lupa kan, tapi aku sentiasa berdoa agar kita akan jadi lebih baik untuk hari-hari yang mendatang InsyaAllah.

Aku tak rasa orang lain pernah tahu pasal hadiah-hadiah telekung ni kan. bagi aku, biarlah berapa pun harga hadiah tu tak penting, yang penting ape niat kita bagi tu and nilai estetikanya. ceeewaahhhh. hehehhe. Biarlah orang pandang burok kat kita, asalkan kita tahu kat mana tahap dan kedudukan diri kita. Kita lebih kenal diri kita sendiri kan sayang. :)


I LOVE YOU!


Thank you for reading!

xoxo, ddy

9 comments:

zarith said...

wah. so sweet bf kamu! jarang nak jumpa bf bagi hadiah macam tu kat gf.

so, moga korang ke jinjang pelamin okay.! :)

Chekgu Azrine said...

alhamdulillah.. dapat teman sejiwa yang baik camtuh.. glad to know that..

Puteri Iqa Izyan said...

wahh.bagusnya die.
semoga dia yang terbaik utk kamu :)

Raihan said...

wau bestnye...bf yg mempunyai ciri2 yang baik..beruntungnye...

Mizz Dayana said...

@zarith -- wahhh. tq. doakan duit simpanan kami dah cukup la ye, leh kawen cpat2. hahhaha

Mizz Dayana said...

@azrine -- tq cekgu. :)

Mizz Dayana said...

@iqa izyan -- tq. hopefully die la yg terbaek buat i kan. :)

Mizz Dayana said...

@ raihan --- untung kan. hehehhe

che'pi said...

Alhamdulillah.. bagi aku itula tanda lelaki yang serius. sangat matang.
aku respect.
semoga anda berdua berkekalan hingga ke jinjang pelamin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copy right Mizz Dayana