Sikap wanita yang disukai lelaki.

Tuesday, December 7, 2010

Salam!


hari ni aku nak cerita khas buat wanita-wanita sekalian. para lelaki-lelaki silalah memberi feedback untuk para wanita tahu tahap diri mereka. jum kita terjah!


Sikap wanita yang disukai lelaki.




1.Keibuan
lelaki terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja.

2. Keanak-anakkan
sifat keanak-anakan yang bersempadan menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. 
3. Menghargai dan Penyayang
Wanita yang menghargai lelaki dan penyayang adalah wanita idaman lelaki. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. 
5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.
6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada dibandar atau di kampung.

Banyak lagi ciri-ciri wanita yang lelaki suka. korang pandai-pandai lah pikir ye. sesungguhnya semua orang mawu jadi yang terbaek kan. cuma nak atau taknak je. pokok pangkalnya pada diri sendiri. semoga berjaya menjadi gadis idaman lelaki !!
ini pun gades idaman lelaki tawu.haha. already taken! haha
Thank you for reading.

xoxo, ddy

2 comments:

Nazirul said...

tertingal satu lagi,perempuan mata bulat.gua suka!haha

Mizz Dayana said...

hahahhahahha. semua orang mata bulat lah. hahhaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copy right Mizz Dayana