Fish Spa. ini sangat bahaya. takoootttt.

Monday, December 27, 2010

Salam! 


kawan-kawan, korang pernah tak pergi buat rawatan bagi ikan-ikan kecil gigit-gigit kaki korang?? alah, yang ikan tu gigit samapi korang mengkekek-kekek kegelian tu. 


sebenarnya aku baru lepas baca satu blog ni. banyak info ni. 

awek sexy sedang menjalankan aktiviti Fish Spa.
Awas, Rawatan Alternatif Ini Boleh Menyebarkan Virus Hepatitis & HIV!
Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.

Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”

Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.”

Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis. 

Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.

Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika Syarikat. 


Info ikan Chin-Chin dan ikan Garra Fura
owh. rupanya ada yang original and yang fake punyalah kawan-kawan.

Ikan Chin-Chin tidak memiliki kelebihan seperti yang dimiliki oleh ikan Garra Rufa original. Bahkan bukannya menyehatkan dan mempercantik, karena ikan ini memiliki gigi, Chin Chin dapat menjadi pembawa (Carrier) penyakit dari satu orang ke orang lain ketika digunakan dalam fish spa komersil.  Ikan Chin Chin yang ukurannya terlalu besar, lebih dari 6 cm malah gigitannya bisa membuat Anda terluka. Tak heran di beberapa negara, ikan jenis ini sudah dilarang untuk digunakan dalam fish spa komersial. - info

ikan Garra Fura yang kecik punya taw. -info

maksudnya, kalau ikan yang besar-besar tu ikan chin chin. ikan chin chin tu yang fake. so, kawan-kawan sila berhati-hati ya. sayangi diri anda.


p/s : sebenarnya rasa takot jugak sebab pernah buat benda alah ni. hahaha. tawakal.


Thank you for reading!

xoxo, ddy

14 comments:

Anisa Hang Tuah said...

heee.tak pernah pegi sbb mcm kegelian
hohoh

aliza said...

bahaya gak nie.tak pasal2 kena HIV kang.gud info :)

ikeen said...

owh..br tau..thanx 4 ur info

-telordibasuh- said...

baek ko g chek darah ko dayana haha...

My Bloggie ! said...

ish takut gak ek >

mimie said...

wahh yeke camtu, xpnh wat ag. baru nk try, tros xjd lor.hehee~

Mizz Dayana said...

Anisa HT ---- heee. memang geli2 pun. gelak2 je lebih time buat ni. hehhehe.

tp skrg tak mau lg laaaaa. takot. wowoowow

Mizz Dayana said...

Aliza -- bahaya kan. takoottttttt... :)

Mizz Dayana said...

ikeen ---- sharing is caring. :)

Mizz Dayana said...

telorrr ---- u jangan. i takot jugak ni. hahhahah

Bella Ayub said...

ouh?? baru tahu ni..nasib baik la bella tak pernah cuba lagi..

thanx for the info cik dayana yang cantik

Mizz Dayana said...

my bloggie ---- takot kan.... huhuhu

Mizz Dayana said...

mimie ---- tapi kena kat tempat yg betol, so tak kena jangkit HIV la. tapi lagi baek kita cegah kan. huhu

Mizz Dayana said...

Bella ayub ---- sharing is caring. heeeeee. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copy right Mizz Dayana