Beauty : Produk untuk wajah.

Sunday, November 28, 2010

salam!

hari ni aku nak cerita & kongsi pasal penjagaan wajah aku ni. (walaupun aku tak lah cantek mane pun, tapi mawu cerita jugak. tak kira. haha)

kalau dulu lah kan, time sekolah lah kan. ya Allah, muka aku entah macam hape dah. malu dah nak mengaku bila tengok picture-picture time sekolah dulu. urrmm. memang terok la. nak tengok ke? jangan menyesal ye. haha.

aku yang dalam bulatan warne merah tu. aku pakai tudung warna puteh.

biase lah kan, dulu budak-budak lagi, mane ade pakai moisturizer, mane ade pakai eyeliner, mane ade pakai concealer, mane ade pakai tu, mane ade pakai ni. paling-paling pun cleanser yang setiap bulan tukar-tukar. mane tak teroknye muke aku tu. aduyaii. (patot lah dulu takde sape pun ngorat. comot! haha.)

so, zaman pun dah berubah. umur pun dah makin meningkat. muda lagi uuuuuu. hehe. 



baru-baru ni aku dah terpengaruh nak pakai satu produk ni, Simply Siti C Bright. harga boleh lah tahan gak kan. bila test tester macam best gyla. sedap bau die. tapi bila aku dah pakai dalam seminggu, muka aku jadi terok. naek jerawat, muka jadi kering. bila tempek compact powder dah macam berkulapok sudah muka. mungkin produk ni tak sesuai untuk aku. at last aku jual kat member aku dengan harga RM20 je. gyla murah aku jual kan. terbang melayang lagi RM30 aku tu. 

at last, aku kembali memakai Garnier. aku pakai satu set, cleanser, day cream & night cream. lebih-lebih takot tak terpakai je. membazir pulak kan. yang Garnier Light Overnight cream ni bagos. tapi rajin tak rajen jela aku nak pakai kan.

and aku jugak baru cuba pakai compact powder ni. superb! best. tak rugi beli taw. smooth je kulit. banyak pilihan warne pulak tu sampai keliru mane satu yang sesuai untuk aku. tapi yang penting, packaging die yang super cute. pink color maaa. hehe.

cuba carik aku yang mane. beza tak dulu dengan sekarang. hehe

so, itu jela yang aku mawu kongsi kan kat korang. kalau korang ade idea best mawu share produk-produk kecantikkan bagitawu la kat aku. aku lepas ni mawu try lipstik dari in2it. super cool. nanti aku dah beli aku bagitawu kat korang ye. hehe.

thank you for reading.

xoxo, ddy.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copy right Mizz Dayana